Monday 14 May 2012

EksPEDIsi SAinTIFIk HUtaN sIMpaN



















Video ini memaparkan ekspedisi pelajar-pelajar ke hutan simpan kekal...
Di dalam video ini, pelajar dapat lihat keadaan sebenar hutan simpan di Malaysia
dan pelajar dapat membezakan profil hutan hujan Khatulistiwa.
Sharing is Caring ^_^

Apa yang Menarik di Jepun?

Vending Machines kat Jepun sangat menarik dan pelbagai...
kadang-kadang kita sendiri tidak terfikir adanya mesin tersebut...
Ini yang menarik tentang JEPUN....
Kenapa adanya mesin tersebut di Jepun?
Macam yang pelajar dah belajar dalam bab kepadatan penduduk di Asia...
Jepun mempunyai masalah ruang dan kawasan, dengan adanya alat ini mampu memudahkan penduduk Jepun yang sentiasa kekurangan masa
Sharing is Caring ^_^

Tema 3: Taburan Tumbuh-tumbuhan


Faktor-faktor mempengaruhi taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar

Jenis Hutan
Iklim
Bentuk Muka Bumi
Jenis Tanih
Saliran
Hutan Hujan
Tropika
Suhu
27 ºC

Hujan sepanjang tahun sesuai untuk tumbuhan
Kawasan      tanah pamah beralun

Kawasan kaki bukit
< 1000m
Tanih laterit

Tanih lanar/
   alluvium
 Baik
Hutan Paya
Air Masin
Hujan
2600 mm

Suhu
27 ºC
Kawasan tanah rendah

Kawasan pinggir laut yang terlindung
Tanih berlumpur
Buruk

Air bertakung
Hutan Paya
Air Tawar
Hujan
2600 mm

Suhu
27 ºC
Kawasan tanah rendah

Kawasan pedalaman

Sekitar tasik dan paya
Tanah gambut
Buruk

Air bertakung
Hutan Pantai
Hujan
2600 mm

Suhu
27 ºC
Kawasan tanah rendah

Kawasan pantai yang terdedah
Tanah berpasir
Baik
Hutan Gunung
Hujan
2600 mm

Suhu
16-20 ºC
Tanah tinggi
Kawasan
> 1200 m
Tanih laterit
Baik



Sharing is Caring ^_^

TEMA 2: CUACA DAN IKLIM SERTA PENGARUHNYA

Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.

Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an. Kajian mendapati iklim panas melampau di Perancis, iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost" (lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Ahli sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099. Litupan ais Greenland dan Antartika Barat akan mencair . Paras laut akan meningkat kira-kira 7 meter secara mendadak.


Faktor pemanasan global

Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca (IPCC) ditubuhkan pada 1988 oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia serta Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kegiatan terasnya adalah menyemak dan menilai maklumat saintifik, teknikal dan sosio-ekonomi yang terkini. Saintis alam sekitar telah ditempatkan dipelbagai lokasi strategik dan mengumpulkan laporan ilkim dan cuaca seluruh dunia secara sistermatik. Dapatan daripada kajian ini amat memeranjatkan terutama berhubung tentang faktor pemanasan global dan kesan jangka pendek dan panjang daripadanya.
  • Laporan 1 (1990) dan Laporan 2 (1995) IPCC menunjukkan banyak ketidakpastian iklim dunia dan bersifat negatif . Pemanasan global ini akan menjejaskan manusia atau tamadunnya.
  • Laporan ketiga (2001) berkisar kepada "Menangani Perubahan Iklim.
  • Laporan Penilaian Keempat tentang (Perubahan Iklim 2007) .
Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18. . Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Kesan rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak, tanpa dapat dibendung lagi.

Pelepasan karbon dioksida

Impak pelepasan karbon dioksida tidak difahami ramai kerana gas tersebut tidak berbau dan bukan toksik.Konsentrasi karbon dioksida di atmosfera telah meningkat daripada kira-kira 280 bahagian sejuta (ppm) dicatat di kurun ke-18 (sebelum era revolusi perindustrian) kepada 379 ppm pada tahun 2005.
Menjelang 2099 kadarnya meningkat kepada 700 ppm jika cara hidup sekarang berterusan. Secara bandingan , planet lain seperti Marikh, suhunya kira-kira 400 darjah celcius dan 90 peratus daripada atmosferanya adalah karbon dioksida. Hampir tiada kehidupan di Marikh dan bumi akan menjadi seperti itu.
IPCC mendesak seluruh kerajaan dan penduduk dunia menstabilkan tahap karbon dioksida di atmosfera kepada paras yang boleh diuruskan iaitu 450 ppm. Bagi menghapuskan kepekatan karbon dioksida di dalam atmosfera, ia mengambil masa antara 200 atau 300 tahun . Walau apapun tindakan pemulihan dilakukan , untuk kembali pulih amat sedikit.
Mulai abad ke-18 majoriti warga dunia menggunakan bahan bakar fosil daripada sumber asas air atau kayu . Dunia ada banyak alternatif tetapi kita tidak menggunakannya secara bijak , berkesan dan menyeluruh. Kita terlalu bergantung kepada bahan bakar fosil. Negara membangun seperti India dan China tidak setuju dengan pengurangan pengggunaan bahan bakar fosil. 2 bilion penduduk di India dan China menggunakan bahan bakar fosil secara keterlaluan.

Kesan pemanasan global di Malaysia

Sumber ekosistem yang ada telah digunakan ke paras maksimum dengan penangkapan ikan berlebihan dan pemupusan kawasan besar hutan. Enam bilion penduduk dunia kini menggunakan sumber asli bumi secara berlebihan dan tidak terkawal . Jika pemanasan global berterusan , manusia dan tamdunnya akan pupus sebagaimana pupusnya dinosaur.
Ramalan saintis menunjukkan peningkatan 7.0 meter paras laut, kawasan rendah seperti Kuala Muda (Kedah) dan Kelantan akan ditenggelami air. Keadaan monsun akan bertukar sama sekali kerana kita akan menerima lebih banyak hujan sewaktu monsun timur laut, yang bermakna lebih banyak kejadian banjir.
Kesedaran rakyat Malaysia dan amnya masyarakat dunia sukar ditingkatkan. Hanya 3 /10 rakyat Malaysia yang prihatin kepada isu-isu alam sekitar. Kejadian gempa bumi 26 Disember 2004 dan banjir besar di Johor adalah pengajaran terbaik. Mendidik bukanlah untuk membuat mereka cemas tetapi meminta mereka bertindak secara betul dan tepat.

Tenaga alternatif

Tenaga alternatif seperti tenaga nuklear dan suria sebagai alternatif yang berdaya maju. Malaysia perlu meneroka dan mempelajari sendiri tenaga nuklear sebagaimana Korea dan Jepun. Malaysia menerima 300 hingga 400 watt satu meter persegi cahaya matahari..






Sharing is Caring ^_^

Tema 3: Hutan Hujan Tropika


  1. Hutan hujan tropika meru­pakan hutan yang paling lugs di Malaysia iaitu meliputi 70% daripada jumlah kawasan hutan di Malaysia.

  1. Hutan ini juga dikenali sebagai hutan Khatulistiwa.

  1. Hutan hujan tropika tum­buh dengan subur di kawa­san yang mempunyai ke­tinggian kurang daripada 1 000 meter.

  1. Kawasan hutan ini meliputi kaki bukit atau cerun gu­nung di bahagian tengah Semenanjung Malaysia dan pedalaman Sabah dan Sarawak.

 5.  Ciri-ciri hutan hujan tropika adalah:
a) Bersifat malar hijau
b) Tumbuh rapat-rapat
c) Tumbuh berlapis-lapis

6.  Hutan hujan tropika juga menjadi habitat bagi dua per tiga spesies tumbuh-­tumbuhan di dunia.

  1. Hutan ini juga mempunyai pelbagai jenis kayu keras yang bernilai dan bermutu tinggi seperti cengal, meranti, keruing, balau dan seraya.

  1. Lapisan teratas dikenali renjung atau emergen yang terdiri daripada pokok­pokok yang tinggi.

  1. Pokok di lapisan renjung tumbuh sangat tinggi untuk mendapatkan cahaya matahari dan berakar banir untuk memberi so­kongan dan menahan po­kok daripada tumbang.

  1. Lapisan kanopi terdiri daripada pokok yang tumbuh rapat untuk menghalang sinaran matahari sampai ke lantai hutan.

  1. Tumbuh-tumbuhan yang biasa terdapat di lapisan tengah ialah epifit dan parasit.

  1. Tumbuh-tumbuhan ini ber­gantung kepada pokok be­sar hanya untuk sokongan dan mendapatkan cahaya matahari.

  1. Tumbuh-tumbuhan di lantai hutan adalah jarang kerana kurang mendapat  cahaya matahari
.


Sharing is Caring ^_^