Thursday 12 April 2012

SusaH Sgt Ke GeoGRAFi?

 
Byk student cikgu akan tny soalan nie..."ckgu susahla Geog...""ckgu ada tips tak nak faham Geo"....mcm2 soalan...tapi 1 ja ckgu nak tny kamu....MINAT TAK SUBJEK GEO?kalu minat bagus...
tips nak faham Geo senang sgt....tapi susah nak buat kalu xminat.....
 

1) kena hafal....n tau peta malaysia....sgt2 penting utk 1st step...sbb byk pelajar ckgu xtau lagi KELANTAN kat mana?KEDAH kat mana?

2)selalu tgk website nationalGeographic utk tambahkan kefahaman dan pengetahuan http://www.nationalgeographic.com/

3)Buat Nota Ringkas...seringkas yg mungkin....
 

4)setiap apa yg kamu belajar dalam Geo adalah apa yg berlaku disekeliling anda.....CTH, kenapa bila bln12 mesti ujan di Pantai Timur....(negeri mana Pantai Timur?).....ingat tak?.....geografi adalah benda yg sebenarnya berlaku didepan anda.....


Sharing is Caring ^_^

Tuesday 3 April 2012

Tema 2: Tanah Pamah


Terdiri daripada :
A   lembangan sungai
B   delta
C   dataran pantai

1  Lembangan sungai ialah kawasan yang disaliri oleh sebatang sungai dan cawangan-cawangannya.

2  Dataran ialah kawasan rendah yang lebih luas, rata dan kurang daripada 15 meter.

3  Umumnya, dataran adalah sempit kerana banjaran gunung menganjur berhampiran  pantai

4  Ditimbuni tanih alluvium yang  subur  sesuai untuk kegiatan  pertanian seperti Dataran Kelantan dan Delta Rajang.
 
5  Tanah pamah dan dataran :
a)    Dataran Kedah-Perlis
b)    Dataran Hilir Perak
c)     Dataran Selangor
d)    Dataran Johor
e)    Dataran Pahang
f)     Dataran Terengganu
g)    Dataran Kelantan
h)    Delta Rajang
i)      Dataran Pantai Barat Sarawak
j)     Delta Baram
k)    Dataran Pantai Barat Sabah
l)      Dataran Pantai Timur Laut Sabah
m)   Delta Segama
n)    Dataran Pantai Timur Sabah



Sharing is Caring ^_^

Tema 2: Sistem Gunung Lipat



1  Banjaran gunung Malaysia adalah sebahagian daripada sistem  Banjaran Gunung Asia,  bermula dari Pusaran Pamir di utara India.

2  Banjaran di Malaysia menganjur  dari Dataran Tinggi Yunnan dan menganjur merentasi Thailand dan membentuk Banjaran Titiwangsa dan banjaran lain. 

3  Banjaran gunung di Asia terdiri daripada gunung lipat.

4  Pembentukan gunung lipat disebabkan kuasa mampatan.

5  Gunung lipat terdiri daripada gunung lipat tua gunung lipat muda







 Perbezaan antara Gunung lipas tua dan Gunung Lipat Muda

Sharing is Caring ^_^

Tema 2: Kedudukan Malaysia




1.Berhampiran Garisan Khatulistiwa.
2.Keluasan :  329 733km persegi 















3. Terdiri darpada : 
  a)  13 buah negeri
   b)    3 wilayah persekutuan

4.Mempunyai kedudukan geografi  strategik :
      a)  kedudukan di tengah- tengah jalan laut  antara timur dan barat.
      b)  terletak di luar Lingkara Api  Pasifik dan laluan Angin taufan.
Sharing is Caring ^_^

Tema 2:Tanah Tinggi


1  Lebih 60% daripada muka bumi negara kita terdiri tanah  tinggi.

2  Banjaran di Semenanjung  Malaysia :
a)    Banjaran Nakawan
b)    Banjaran Kedah Singora
c)     Banjaran Bintang
d)    Banjaran Keledang
e)    Banjaran Titiwangsa/Besar
f)     Banajran Benom
g)    Banjaran Tahan
h)    Banjaran Pantai Timur


3  Banjaran di Sabah:
a)    Banjaran Crocker
b)    Banjaran Trus Madi
c)     Banjaran Witti
d)    Banjaran Maitland
e)    Banjaran Brassey

4  Banjaran di Sarawak :
a)    Banjaran Tama Abu
b)    Pergunungan Iran
c)     Pergunungan Hose
d)    Banjaran Kapuas Hulu
e)    Banjaran Kelinkang  
 
5  Banjaran Titiwangsa:
a)    tulang belakang Sem.M`sia
b)    terpanjang (480km)
c)     dikenali Banjaran Besar
d)    kemuncak tertinggi -  Gunung Korbu (2182m)
e)    3 pusat peranginan :
·         Tanah Tinggi Genting
·         Tanah Tinggi Cameron
·         Bukit Fraser
f)     legeh dan kawasan tadahan bagi sungai.

 6  Banjaran Crocker: 
      a)  terbesar dan tertinggi di 
           Malaysia.
b)    Kemuncak tertinggi  - Gunung Kinabalu (4101m)
      c)  terdapat  Taman Negara Crocker dan Taman Negara Kinabalu.

7  Banjaran Tama Abu
a)    banjaran utama Sarawak
      b)   kemuncak tertinggi -            
            Gunung Murud (2425m)

 Bukit Fraser


 Tanah Tinggi Genting
 Tanah Tinggi Cameron

 



Sharing is Caring ^_^

Apa itu Geografi?


Geografi ialah sains ruang dan tempat.


 Geografi juga merupakan kajian permukaan bumi sebagai ruang dan tempat masyarakat manusia hidup.




Tumpuan kajiannya ialah tentang fenomena semula jadi dan budaya yang terdapat di merata tempat di dunia. Perkataan "Geografi" berasal daripada dua perkataan bahasa Yunani, iaitu kata nama "ge" yang bermaksud bumi dan kata kerja "graphon" yang bermaksud menulis.

Dengan mencantumkan kedua-dua perkataan tersebut orang Yunani telah mencipta perkataan 'Geographia' yang bermakna "deskripsi tentang bumi". 



Ahli-ahli geografi menumpukan perhatian mereka terhadap ciri-ciri dan pola-pola tempat di dunia yang sentiasa berubah, baik melalui deskripsi dalam buku mahupun melalui persembahan visual dalam peta

Mereka sentiasa cuba menghuraikan bagaimana setiap ciri-ciri dan pola yang istimewa terhadap sesuatu tempat di permukaan bumi telah timbul. Mereka juga sentiasa mencari sebab-sebab tentang kewujudan ciri dan pola taburan sesuatu fenomena, khasnya jika dikaitkan dengan ruang dan masa. 

Objektif utama bidang geografi ialah untuk memahami bentuk-bentuk fizikal dan budaya setiap tempat dan perkaitannya dengan unsur alam sekitar semula jadinya di atas permukaan bumi.


Sharing is Caring ^_^