- Hutan hujan tropika merupakan hutan yang paling lugs di Malaysia iaitu meliputi 70% daripada jumlah kawasan hutan di Malaysia.
- Hutan ini juga dikenali sebagai hutan Khatulistiwa.
- Hutan hujan tropika tumbuh dengan subur di kawasan yang mempunyai ketinggian kurang daripada 1 000 meter.
- Kawasan hutan ini meliputi kaki bukit atau cerun gunung di bahagian tengah Semenanjung Malaysia dan pedalaman Sabah dan Sarawak.
5. Ciri-ciri
hutan hujan tropika adalah:
a) Bersifat malar hijau
b) Tumbuh rapat-rapat
c) Tumbuh berlapis-lapis
6. Hutan
hujan tropika juga menjadi habitat bagi dua per tiga spesies tumbuh-tumbuhan
di dunia.
- Hutan ini juga mempunyai pelbagai jenis kayu keras yang bernilai dan bermutu tinggi seperti cengal, meranti, keruing, balau dan seraya.
- Lapisan teratas dikenali renjung atau emergen yang terdiri daripada pokokpokok yang tinggi.
- Pokok di lapisan renjung tumbuh sangat tinggi untuk mendapatkan cahaya matahari dan berakar banir untuk memberi sokongan dan menahan pokok daripada tumbang.
- Lapisan kanopi terdiri daripada pokok yang tumbuh rapat untuk menghalang sinaran matahari sampai ke lantai hutan.
- Tumbuh-tumbuhan yang biasa terdapat di lapisan tengah ialah epifit dan parasit.
- Tumbuh-tumbuhan ini bergantung kepada pokok besar hanya untuk sokongan dan mendapatkan cahaya matahari.
- Tumbuh-tumbuhan di lantai hutan adalah jarang kerana kurang mendapat cahaya matahari

No comments:
Post a Comment