Suhu
bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an. Kajian mendapati iklim panas melampau di
Perancis,
iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost" (lapisan tanah
yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Ahli sains
meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099.
Litupan ais Greenland
dan Antartika
Barat akan mencair . Paras laut akan meningkat kira-kira 7 meter secara
mendadak.

Faktor pemanasan global
Panel Antara Kerajaan tentang
Perubahan Cuaca (IPCC) ditubuhkan pada 1988 oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia
serta Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB). Kegiatan terasnya adalah menyemak dan menilai maklumat saintifik,
teknikal dan sosio-ekonomi yang terkini. Saintis alam sekitar telah ditempatkan
dipelbagai lokasi strategik dan mengumpulkan laporan ilkim dan cuaca seluruh
dunia secara sistermatik. Dapatan daripada kajian ini amat memeranjatkan
terutama berhubung tentang faktor pemanasan global dan kesan jangka pendek dan
panjang daripadanya.
- Laporan 1 (1990) dan Laporan 2 (1995) IPCC menunjukkan banyak ketidakpastian iklim dunia dan bersifat negatif . Pemanasan global ini akan menjejaskan manusia atau tamadunnya.
- Laporan ketiga (2001) berkisar kepada "Menangani Perubahan Iklim.
- Laporan Penilaian Keempat tentang (Perubahan Iklim 2007) .
Kajian
mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon
dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan
sejak abad ke-18. . Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan
karbon dioksida. Kesan rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia akan
berubah secara mendadak, tanpa dapat dibendung lagi.
Pelepasan karbon dioksida
Impak
pelepasan karbon dioksida tidak difahami ramai kerana gas tersebut tidak berbau
dan bukan toksik.Konsentrasi karbon dioksida di atmosfera
telah meningkat daripada kira-kira 280 bahagian sejuta (ppm) dicatat di kurun
ke-18 (sebelum era revolusi perindustrian) kepada 379 ppm pada tahun 2005.
Menjelang
2099 kadarnya meningkat kepada 700 ppm jika cara hidup sekarang berterusan.
Secara bandingan , planet
lain seperti Marikh,
suhunya kira-kira 400 darjah celcius dan 90 peratus daripada atmosferanya
adalah karbon dioksida. Hampir tiada kehidupan di Marikh dan bumi akan menjadi
seperti itu.
IPCC
mendesak seluruh kerajaan dan penduduk dunia menstabilkan tahap karbon dioksida
di atmosfera kepada paras yang boleh diuruskan iaitu 450 ppm. Bagi menghapuskan
kepekatan karbon dioksida di dalam atmosfera, ia mengambil masa antara 200 atau
300 tahun . Walau apapun tindakan pemulihan dilakukan , untuk kembali pulih
amat sedikit.
Mulai
abad ke-18 majoriti warga dunia menggunakan bahan bakar fosil daripada sumber
asas air atau kayu . Dunia ada banyak alternatif tetapi kita tidak
menggunakannya secara bijak , berkesan dan menyeluruh. Kita terlalu bergantung
kepada bahan bakar fosil. Negara
membangun seperti India dan China tidak setuju dengan pengurangan pengggunaan bahan bakar
fosil. 2 bilion penduduk di India dan China menggunakan bahan bakar fosil
secara keterlaluan.
Kesan pemanasan global di Malaysia
Sumber ekosistem
yang ada telah digunakan ke paras maksimum dengan penangkapan ikan berlebihan
dan pemupusan kawasan besar hutan. Enam bilion penduduk dunia kini menggunakan
sumber asli bumi secara berlebihan dan tidak terkawal . Jika pemanasan global
berterusan , manusia dan tamdunnya akan pupus sebagaimana pupusnya dinosaur.
Ramalan
saintis
menunjukkan peningkatan 7.0 meter paras laut, kawasan rendah seperti Kuala Muda
(Kedah)
dan Kelantan
akan ditenggelami air. Keadaan monsun akan bertukar sama sekali kerana kita
akan menerima lebih banyak hujan sewaktu monsun timur laut, yang bermakna lebih
banyak kejadian banjir.
Kesedaran
rakyat Malaysia dan amnya masyarakat dunia sukar ditingkatkan. Hanya 3 /10
rakyat Malaysia yang prihatin kepada isu-isu alam sekitar. Kejadian gempa bumi 26 Disember 2004 dan banjir
besar di Johor adalah pengajaran terbaik. Mendidik bukanlah untuk membuat
mereka cemas tetapi meminta mereka bertindak secara betul dan tepat.
Tenaga alternatif
Tenaga
alternatif seperti tenaga nuklear dan suria
sebagai alternatif yang berdaya maju. Malaysia perlu meneroka dan mempelajari
sendiri tenaga nuklear sebagaimana Korea dan Jepun. Malaysia menerima 300 hingga 400 watt satu meter
persegi cahaya matahari..
No comments:
Post a Comment